fbpx
Gambar hiasan.

Amaran hujan berterusan di 6 negeri hingga 18 Disember ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Luruan monsun yang membawa hujan lebat berterusan di kawasan timur Semenanjung Malaysia dan barat Sarawak dijangka berlaku sehingga 18 Disember 2025.

Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) dalam kenyataan berkata, fenomena itu juga dijangka menyebabkan angin kencang serta keadaan laut bergelora di Laut China Selatan sepanjang tempoh berkenaan.

“MetMalaysia memaklumkan amaran hujan berterusan (Buruk) telah dikemas kini melibatkan negeri Kelantan, Terengganu, Pahang Timur dan Johor Timur yang berkuat kuasa sehingga 18 Disember 2025.

“Dalam pada itu, amaran hujan herterusan (Waspada) turut dikeluarkan bagi sebahagian kawasan di Perak, Pahang dan Johor sehingga tarikh sama, manakala bagi negeri Sarawak, amaran berkenaan berkuatkuasa sehingga 16 Disember 2025,” katanya, hari ini.

MetMalaysia turut mengemas kini amaran anngin kencang dan laut bergelora sehingga Khamis ini di perairan Laut China Selatan, termasuk perairan Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor Timur.

Sehubungan itu, orang ramai boleh merujuk laman web rasmi www.met.gov.my, media sosial rasmi METMalaysia serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi mendapatkan maklumat cuaca terkini dan sahih. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN