fbpx
Antara wakil NGO yang akan menganjurkan himpunan solidrati buat Gaza secara serentak di lima negara.

5 negara anjur himpunan solidariti serentak buat Gaza

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Pertubuhan Ihsanku Malaysia (Ihsanku) dengan kerjasama Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) akan melaksanakan Program Iftar Seribu Anak Yatim Nusantara bersama Gaza.

Program tersebut merupakan satu inisiatif kemanusiaan yang menghimpunkan anak yatim dari seluruh Nusantara.

Majlis tersebut dijangka diadakan pada 28 Februari 2026 bersamaan 10 Ramadan 1447 Hijrah dan akan dilaksanakan secara serentak di lima negara iaitu Malaysia, Indonesia, Thailand, Kemboja dan Filipina.

Ketua Pegawai Eksekutif Ihsanku, Muhammad Syariffuddin Supeni berkata, penganjuran majlis itu adalah sebagai tanda solidariti dan kepedulian bersama.

Jelasnya, program itu memberi fokus kepada kebajikan serta mengetengahkan isu kemanusiaan yang dihadapi oleh anak yatim di Gaza serta memperkukuh hubungan serantau melalui pendekatan kebersamaan dan keprihatinan.

“Ia juga akan mengangkat isu anak yatim ke perhatian masyarakat dengan meningkatkan kesedaran berhubung keperluan sokongan jangka panjang terhadap golongan tersebut.

“Selain itu, ia mewujudkan kebersamaan negara-negara Nusantara dalam menangani cabaran berkaitan anak yatim serta isu kemanusiaan lain yang memerlukan kerjasama serantau,”katanya dalam satu kenyataan.

Mengulas lanjut, Muhammad Syariffuddin berkata, program itu juga bukan sahaja menunjukkan solidariti anak-anak yatim Nusantara terhadap anak yatim di Gaza, tetapi sebagai tanda empati, kasih sayang dan kesatuan hati.

“Program ini bukan sekadar majlis berbuka puasa. Ia adalah simbol penyatuan hati anak-anak kita di Nusantara dengan anak-anak di Gaza yang sedang berdepan kesengsaraan.

“Kami berharap usaha ini menjadi pencetus kepada lebih banyak kerjasama kemanusiaan di rantau ini,”ujarnya.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN