fbpx
PATI yang ditahan JIM Negeri Johor dalam Ops Sapu di Johor Jaya, awal pagi semalam.

49 PATI ditahan cubaan sembunyi atas bumbung gagal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JOHOR BAHRU – Cubaan sekumpulan pendatang asing tanpa izin (PATI) meloloskan diri dengan bersembunyi di atas bumbung rumah kedai gagal apabila berjaya ditahan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Negeri Johor dalam Ops Sapu di Johor Jaya, pagi semalam.

Pengarah Imigresen Malaysia Negeri Johor, Datuk Mohd Rusdi Mohd Darus berkata, operasi yang bermula pada pukul 12.10 pagi itu melibatkan seramai 24 pegawai dan anggota penguatkuasa dari Bahagian Penguatkuasa JIM Johor hasil risikan serta aduan awam.

“Serbuan mengejut itu dijalankan ketika kesemua warga asing tersebut sedang berehat di rumah kedai yang dijadikan sebagai tempat tinggal dan ada antara mereka cuba melarikan diri serta bersembunyi di bahagian atas bumbung namun berjaya diberkas.

“Dalam operasi ini, seramai 49 orang warga asing di tahan atas pelbagai kesalahan Imigresen. Mereka yang ditahan terdiri daripada dua lelaki dewasa warganegara Indonesia, 12 lelaki dewasa warganegara Myanmar.

“Turut ditahan 11 lelaki dewasa warganegara Pakistan, lapan lelaki dewasa warganegara Bangladesh, 12 perempuan dewasa warganegara Myanmar dan empat perempuan dewasa warganegara Indonesia,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambahnya hasil pemeriksaan mendapati kesemua PATI berusia lingkungan 20 hingga 49 tahun tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah serta tinggal melebihi tempoh yang dibenarkan. – KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI