fbpx
Tangkap layar tiga beradik memberi kejutan hari jadi kepada bapa mereka.

[VIDEO] ‘Tak kaya harta, tapi kaya kasih sayang’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Tindakan tiga beradik yang membuat kejutan hari jadi buat bapa mereka sejurus lelaki tersebut pulang ke rumah mencuri perhatian pengguna media sosial.

Menerusi perkongsian video di TikTok oleh @nuradilawati3, kelihatan tiga kanak-kanak tersebut memegang kek sambil menyanyikan lagu Selamat Hari Lahir kepada bapa mereka.

Turut tersentuh, setiap seorang daripada mereka juga turut memberikan hadiah istimewa.
Perkongsian tersebut mendapat perhatian ramai yang rata-ratanya terharu melihat momen kecil, tetapi indah buat mereka sekeluarga.

“Inilah keluarga kaya sebenar,” komen Zack.

“Hilang penat seorang suami dan ayah balik disambut macam ni. Semoga abang sekeluarga dimurahkan rezeki dan panjang umur,” kata Awey.

“Tidak kaya dengan harta, tetapi keluarga abang ni kaya dengan kasih sayang. Tahniah bang,” komen Syazwa Ali. – KOSMO! ONLINE

@nuradilawati3🥹🥰

♬ bunyi asal – nuradilawati3 – Adilawati

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI