fbpx
Tangkap layar hantaran memaparkan sebuah van membantu menjaga jalan untuk penunggang motosikal akibat tayar pancit.

[VIDEO] Pemandu van tolong jaga jalan, tayar motosikal pancit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – “Terima kasih abang van, tolong abang motosikal dari belakang.”

Itu reaksi netizen selepas melihat rakaman sebuah van membantu seorang lelaki berdepan detik cemas apabila tayar motosikalnya pancit.

Menerusi hantaran pengguna TikTok @Yb_apak, tayar motosikal yang pancit itu memaksa lelaki tersebut untuk menunggang dalam keadaan berbahaya untuk ke bengkel terdekat.
“Belakang van, ada kereta dan lori yang menjaga jalan. Depan sikit dah sampai bengkel. Semoga dipermudahkan urusan,” katanya pada ruang kapsyen.

Sementara itu, penunggang motosikal turut berterima kasih kepada pemandu van di ruangan komen yang membantunya.

Perkongsian tersebut meraih pelbagai reaksi netizen yang rata-rata terhibur dengan keadaan motosikal itu.

“Waktu tayar bocor, aku boleh gelak sendiri tau. Sebab ke kiri kanan walaupun sedih sebab tayar pancit,” komen @Yaya.

“Aku pernah kena macam ini. Motosikal tiba-tiba berjoget sampai ada orang jerit untuk beritahu tayar pancit,” komen @Zahxrwan.

“Motosikal itu tak nak jalan, jangan dipaksa. Berhenti tepi dan cuba bincang elok-elok dengan motosikal. Jangan sampai tantrum begitu,” komen @AbangMat. – KOSMO! ONLINE

@yb_apakBlkg abg van-kereta blkg kereta Lori jaga jalan…dpn sikit dah sampai bengkel…semoga dipermudahkan brade

♬ Drift Tokyo (Acoustic) – Dj djacky mix

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI