PETALING JAYA – Gelagat ibu bapa yang berkumpul di sebuah dewan untuk menyaksikan persembahan anak-anak mereka mencuri perhatian ramai di media sosial.
Menerusi perkongsian video di Threads oleh @remyothman, kelihatan beberapa ibu bapa tidak melepaskan peluang merakam momen istimewa dengan perasaan teruja melihat persembahan anak-anak mereka dari prasekolah Al-Kauthar Eduqids.
“Gelagat mak bapa. Mak bapa lagi comel dari aksi anak-anak,” tulisnya di ruangan kapsyen.
Perkongsian tersebut meraih pelbagai reaksi pengguna media sosial yang rata-rata turut terhibur melihat keterujaan ibu bapa.
“Baru tahu rupanya bapa-bapa pun jenis teruja tengok anak. Ingatkan mak-mak saja begini. Mereka lagi teruja dari anak-anak ya,” komen Faex.
“Saya suka tengok ibu bapa yang sokong apa yang anak-anak buat. Semoga Allah balas jasa awak semua. Terima kasih jadi ibu bapa yang baik,” kata In.
“Percayalah, ini adalah momen yang ibu bapa akan kenang sampai ke tua nanti. Anak-anak, awak sangat bertuah jadi anak mereka,” komen Eyda. – KOSMO! ONLINE
View on Threads














