fbpx
FILIPINA nyata terlalu kuat untuk memastikan kemenangan ke atas skuad negara. - FAM

Sukan SEA: Skuad futsal wanita langkah kiri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

 

KUALA LUMPUR – Hajat skuad futsal wanita negara untuk memulakan kempen Sukan SEA dengan lebih positif tidak kesampaian apabila tewas 1-3 kepada Filipina di Stadium BTU Hall, Bangkok, sebentar tadi.

Keputusan itu seakan menyukarkan peluang skuad negara untuk cuba mempertahankan pingat gangsa yang dimenangi pada edisi 2021.

Skuad negara memulakan perlawanan dengan agak negatif apabila melepaskan dua gol dalam tempoh enam minit.

Filipina membuka jaringan menerusi Dionesa Tolentin pada minit ke-4 manakala Marie Bandoja melengkapkan kelebihan buat pasukan lawan sebelum memasuki bilik persalinan.

Pemain berpengalaman negara, Farahiyah Ridzuan kembali merapatkan jurang pada minit ke-19 namun ia hanya bertahan seminit sebelum Maria Mendano menambah gol ketiga Filipina.

Untuk rekod, saingan kali ini dipecahkan kepada dua kumpulan, berbeza pada edisi 2021 yang dilangsungkan secara liga sepusingan.

Kekalahan kepada Filipina menyaksikan skuad kendalian Edgar Eder Baldasso menghuni tangga tercorot Kumpulan A. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI