fbpx
PELARI pecut negara, Danish Iftikhar Muhammad Roslee menyambar pingat gangsa sambil memecahkan rekod kebangsaan acara 200 meter (m) lelaki, hari ini. -MA

Sukan SEA: Pingat gangsa bernilai buat Danish Iftikhar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BANGKOK – Pelari pecut negara, Danish Iftikhar Muhammad Roslee tetap bangga dengan pencapaian pada penampilan sulungnya di Sukan SEA Thailand 2025 apabila meraih pingat gangsa sambil memecahkan rekod kebangsaan acara 200 meter (m) lelaki, hari ini.

Beraksi di pentas akhir di Stadium Nasional Suphachalasai, pelari berusia 19 tahun itu mempamerkan larian bertenaga sebelum mencatatkan masa 20.73 saat (s) memadamkan rekod kebangsaan 20.77s milik Russel Taib yang dilakar pada 2019.

Biarpun menamatkan saingan di tempat ketiga, atlet muda negara itu hanya tewas tipis dalam perebutan pingat perak kepada pelari Singapura, Marc Brian Louis, yang merekodkan masa 20.72s.

Pingat emas acara tumpuan itu, seperti yang dijangka, menjadi milik sensasi tuan rumah, Boonson Puripol, yang mencatat masa 20.07s, sekali gus mencipta rekod baharu temasya.

Mengulas pencapaiannya, Danish Iftikhar memilih untuk menzahirkan rasa syukur dan enggan terlalu memikirkan kekalahan tipis dalam perebutan pingat perak.

“Alhamdulillah, tidak pernah jangka dapat pecahkan rekod kebangsaan. Saya sangat bersyukur. Catatan ini juga adalah rekod peribadi terbaik saya.

“Tidak mengapa (terlepas perak), bagi saya sudah sangat bersyukur dapat kedudukan podium pada penampilan pertama saya di Sukan SEA. Alhamdulillah,” tambahnya.

Kejayaan ini melengkapkan kutipan dua pingat peribadi buatnya di Bangkok, selepas turut menghadiahkan pingat gangsa dalam acara 100m kelmarin. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI