fbpx
FIGUEIREDO masih lagi menjalani penggantungan selama 12 bulan selepas dijatuhkan hukuman FIFA pada September lalu.

Piala FA: JDT ‘rindu’ penyudah Figueiredo

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JENTERA serangan Johor Darul Ta’zim (JDT) dilihat agak tempang sejak bintang warisan Harimau Malaya, Joao Figueiredo digantung oleh Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) hingga terlepas aksi final Piala FA menentang Sabah FC malam esok.

Sebagai rekod, Figueiredo menjadi salah seorang daripada tujuh pemain warisan selain Gabriel Palmero, Facundo Garces, Rodrigo Holgado, Imanol Machuca, Jon Irazabal dan Hector Hevel yang digantung susulan pemalsuan dokumen sejak September lepas.

Ketiadaan penyerang kelahiran Brazil itu memberi kesan buat skuad Harimau Selatan kendalian Xisco Munoz itu sejak dua bulan lalu apabila bergelut dengan prestasi terutama di kejohanann antarabangsa.

Pemangku Sultan Johor yang juga pemilik JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim menyifatkan Figueiredo antara tunjang dan menjadi kunci utama buat rakan-rakan menjaringkan gol.

“Dia (Figueiredo) yang saya rindukan tapi buat masa ini dia kena banned (gantung), kita kena tunggulah proses perbicaraan tersebut kerana dia adalah kunci di mana dia bagi orang keliling dia main.

“Macam Diogo (Luis Santo), ingat Diogo dulu (bekas penyerang import JDT), dia boleh score (jaringkan gol). Tengok berapa gol Arif Aiman dan Gonzalo Cabrera lakukan ketika itu semua sebab Diogo. Saya lebih suka penyerang macam itu.

“Saya tak suka ada target striker (penyerang) sahaja. Itu bagi pandangan sayalah. Macam mana pun kita perlu ada dua penyerang dengan karakter yang berbeza.

“Macam Bergson (da Silva) berbeza dan (Fernando) Forestieri lain (gaya permainan),” katanya dalam sesi wawancara bersama peminat JDT baru-baru ini.

JDT kini dalam landasan terbaik untuk menjadi kelab pertama melakar kejuaraan Piala FA buat kali keempat berturut-turut selepas mendominasi trofi berprestij itu sejak edisi 2022. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN