fbpx
Tangkap layar video yang memaparkan entiti tersebut kini menjadi tanda tanya dalam kalangan netizen.

Mata besar, tersembul keluar…makhluk apa tu?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – “Sekarang ini, itu muka apa? Orang minyak ke perompak?”

Itu reaksi seorang wanita selepas berkongsi rakaman sebuah entiti dengan mata besar yang kelihatan tersembul keluar dengan rupa menyeramkan sedang berada di celah-celah daun tanaman.

Menerusi hantaran pengguna Threads @Szrinaaasuria, entiti yang seolah tidak ‘putuskan’ pandangan mata itu dipercayai sama ada orang minyak atau perompak.

Di ruangan komen, ramai yang berasa seram, malah cuba untuk mengenal pasti apa sebenarnya bentuk entiti tersebut sama ada manusia, haiwan atau sebaliknya.

“Tengah duduk dalam gelap ini elok pulak muncul benda macam ini. Nasib tak tercampak telefon,” komen @Nurulaishah_aish.

“Kalau aku jumpa, memang minta adik masak air panas siap-siap. Siapkan diri nak siram dia kalau mendekat,” komen @CJ.

“Aku ni sudahlah baru lepas tengok cerita hantu, jumpa pula benda-benda macam ini,” komen @Mandarinwithaniesa. –KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN