fbpx
PEMAIN naturalisasi negara, Paulo Josue antara watak utama kepada pencapaian hebat KL City musim ini.

KLFA tidak lupa tanggungjawab

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

 

KUALA LUMPUR – Pengurusan tertinggi Persatuan Bola Sepak Kuala Lumpur (KLFA) tidak pernah hanyut dengan prestasi semasa Kuala Lumpur City dan kekal dengan komitmen untuk menyelesaikan tunggakan hutang lama.

Presiden KLFA, Syed Yazid Syed Omar berkata, segala usaha untuk menyelesaikan tunggakan lama sedang giat dijalankan dan jumlahnya kini makin berkurang berbanding mula memimpin badan induk itu, Oktober lalu.

“Pentadbiran berjalan lancar dan kita sebagai pemilik KL City, dibawah pentadbiran baharu gaji berjalan lancar. Tunggakan kita ada bayar secara berkala mengikut persetujuan pemain.

“Kita cuba selesaikan tahun depan, sekarang sudah akhir tahun dan kita tidak boleh selesaikan dalam jumlah yang banyak kerana kita punya kos untuk pasukan semasa pun lebih kurang RM1.2 juta.

“Ini sudah dalam tujuh bulan selepas ambil alih, kira-kira RM8 juta sudah keluar. Namun kita juga masih kena selesaikan tunggakan,” katanya selepas Kongres Tahunan ke-36, hari ini.

Ketika ini, KL City berada di tangga kedua Liga Super dan paling mencuri perhatian adalah kejayaan The City Boys mengekalkan rekod tanpa kalah dalam sembilan perlawanan awal.

Dalam masa sama, Syed Yazid mengesahkan segala tunggakan membabitkan pasukan Piala Presiden dan Piala Belia sudah pun berjaya diselesaikan.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI