fbpx
Onn Hafiz meletakkan maskot anak harimau 'Cuping dan Jucy' sempena Majlis Pelancaran Tahun Melawat Johor 2026 di Dataran Bandaraya Johor Bahru malam tadi. Foto oleh RAJA JAAFAR ALI / KOSMO!

Johor sasar 12 juta pelancong sempena TMJ 2026

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JOHOR BAHRU – Johor menyasarkan seramai 12 juta pelancong domestik dan antarabangsa akan berkunjung ke negeri ini sempena Tahun Melawat Johor (TMJ) 2026.

Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, sehubungan itu, kerajaan negeri menerusi Tourism Johor telah merangka 60 acara berskala besar dan bertaraf antarabangsa akan dianjurkan bagi memeriahkan TMJ yang bermula tahun hadapan.

“TMJ 2026 menjadi platform penting dalam merancakkan sektor pelancongan sekali gus meningkatkan sosioekonomi rakyat menerusi limpahan aktiviti rantaian pelancongan, seni dan budaya.
“Johor memiliki pelbagai tarikan unik merangkumi pulau-pulau indah di Mersing, taman tema bertaraf dunia selain khazanah alam, budaya dan sejarah yang akan terus diperkasakan,” katanya berucap pada Majlis Pelancaran Tahun Melawat Johor 2026 di Dataran Bandaraya Johor Bahru, di sini, malam tadi.

Cuping dan Jucy dipilih sebagai maskot rasmi TMJ 2026 yang melambangkan kekuatan, keramahan serta hospitaliti Johor, manakala ‘Meh Lah Johor!’ diangkat sebagai slogan rasmi bagi menggambarkan sikap mesra rakyat negeri itu dalam menyambut pelancong.

Lagu Pesona Johor nyanyian Aina Abdul pula dipilih sebagai lagu rasmi TMJ 2026 serta video rasmi menampilkan keindahan 10 daerah di Johor serta kepelbagaian budaya menjadi cerminan visual identiti Johor yang membawa semangat Majestic Johor ke pentas dunia. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI