fbpx
JESUS hampir menjaringkan gol dalam kepulangannya ketika menentang Brugge kelmarin. - AFP

Jesus sedia cabar tempat Gyokeres

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LONDON – Penyerang Arsenal, Gabriel Jesus menegaskan dia kini bersedia untuk kembali merebut tempat dalam kesebelasan utama selepas tampil buat kali pertama dalam tempoh 11 bulan ketika aksi Liga Juara-Juara Eropah (UCL) menentang Club Brugge kelmarin.

Jesus dimasukkan pada babak kedua dan beraksi selama 30 minit dalam kemenangan selesa 3-0, sekali gus menamatkan penantian panjang sejak menjalani pembedahan lutut penghujung tahun lalu.

Meskipun gagal menjaringkan gol, penyerang Brazil itu mempamerkan aksi bertenaga dan jelas tidak mampu menyembunyikan senyuman selepas wisel penamat ditiup.

“Dalam tiga bulan pertama, banyak keraguan bermain di fikiran tetapi saya belajar untuk lebih fokus kepada apa yang Tuhan mahukan daripada saya. Semua orang mahu saya menjaringkan gol dan saya sendiri juga mahu melakukannya,” katanya.

Jesus menambah, walaupun beberapa peluang terlepas, kepulangannya sudah cukup membuatkan dia berasa puas selepas hampir setahun berdepan ketakutan akan kembali dalam keadaan terbatas.

“Saya sangat gembira dengan cara saya bergerak dan mengawal bola. Selepas 11 bulan berusaha memulihkan diri dan bimbang kembali sebagai pemain yang berbeza, dapat berlari semula bersama rakan sepasukan sudah cukup membuatkan saya bersyukur,” jelasnya.

Pengurus Arsenal, Mikel Arteta tidak menolak kemungkinan menggandingkan Jesus bersama Viktor Gyokeres biarpun bintang Sweden itu mempamerkan aksi hambar di Bruges.

“Mereka berdua mempunyai kualiti berbeza. Dua pemain unik dengan sumbangan tersendiri kepada cara kami bermain. Ada kemungkinan kami gunakan mereka bersama,” kata Arteta.

Kepulangan Jesus hadir pada waktu penting buat Arsenal yang sedang bersaing rapat dalam perebutan kejuaraan dan Arteta percaya variasi baharu dalam serangan bakal memberi nafas segar kepada skuadnya menjelang aksi liga hujung minggu ini. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN