fbpx
MOHD. ZAIDI menunjukkan salinan laporan polis dan gambar suspek selepas ditipu rakan sekolah lamanya.

Bekas komando kena ‘pukau’, RM200,000 lesap

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEREMBAN – “Saya tidak tahu macam mana boleh terper­daya dengan rakan sekolah lama macam kena pukau, saya tidak sedar boleh beri semua duit kepada dia.”

Begitulah kekesalan yang diluahkan seorang bekas komando tentera yang kerugian lebih RM200,000 selepas ditipu rakannya yang menawarkan peluang perniagaan dengan menjadi rakan kongsi dalam bisnes minyak masak bersubsidi.

Mohd. Zaidi Nordin, 42, berkata, duit simpanan dan ganjaran tamat perkhidmatannya ‘lesap’ begitu sahaja dan hanya tinggal RM1 dalam akaun bank.

Lebih menyedihkan, kehidupannya jatuh merundum sehingga tiga daripada empat anaknya yang berusia 8, 11, dan 13 tahun tidak bersekolah selama enam bulan kerana kehabisan wang.

“Semuanya bermula dua tahun lalu selepas saya secara kebetulan berjumpa semula dengan seorang rakan sekolah dikenali Epi yang telah lama terputus hubungan di sebuah restoran.

“Dia menawarkan projek membuka kilang minyak masak subsidi. Saya pula baharu bersara sebagai tentera dan memang merancang berniaga, sebelum bersetuju menjadi rakan kongsi,” katanya kepada Kosmo! semalam.

Mohd. Zaidi berkata, rakannya kemudian menunjukkan sebuah kilang di Senawang yang kononnya menjalankan aktiviti memproses minyak masak selain dibawa ke perumahan mewah yang didakwa kediamannya.

“Masa itu penampilan dia seperti ahli perniagaan dengan kereta mewah dan itu yang meya­kinkan saya. Kemudian kami ke Indonesia, katanya ada perniagaan tepung dan gula di sana.

“Bagaimanapun, sepanjang 11 hari di sana, kami tidak buat apa-apa dan dia hanya tanya tentang duit ganjaran persaraan berjumlah RM100,000 yang akan dijadikan modal perniagaan kami,” katanya.

Menurutnya, dia telah membuat lebih 10 transaksi wang ke dalam akaun rakannya sepanjang berada di Indonesia sehingga sanggup menyerahkan nombor pin bank.

“Saya hanya sedar ditipu selepas abang dan kakak ipar datang ke rumah untuk membuat bacaan Yasin, sebelum ini nasihat isteri pun saya tidak dengar,” katanya.

Mohd. Zaidi kemudian berhubung dengan rakannya itu dan meminta kesemua wangnya dikembalikan, namun dia me­minta tempoh tertentu sebelum menghilangkan diri.

Katanya, dia cuba mencarinya di rumah, namun tidak berhasil kerana rupa-rupanya kediaman mewah itu hanyalah rumah sewa.

“Saya betul-betul hilang arah sekarang. Saya sudah buat laporan polis pada Julai tahun lalu dan gambar rakan saya itu sudah diserahkan pada polis tetapi sehingga hari ini tiada perkembangan dan maklumat baharu.

“Keseluruhan jumlah wang yang ditipu ialah RM221,872. Saya sekarang bekerja kontrak se­perti mengambil upah mengecat, membaiki rumah dan menebang pokok untuk meneruskan kehidupan,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN