fbpx
Laporan Kosmo! Online berhubung kematian bayi di sebuah taska di Sendayan.

Bayi perempuan maut: Taska persendirian tidak berdaftar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEREMBAN – Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Negeri Sembilan mengesahkan sebuah taman asuhan kanak-kanak (taska) persendirian di Sendayan yang terkait dengan kematian seorang bayi perempuan didapati beroperasi tanpa pendaftaran sah di bawah Akta Taman Asuhan Kanak-Kanak 1984.

Pengarahnya, Muhammad Yusry Che Dah berkata, hasil pemeriksaan pegawai jabatan itu mengesahkan premis berkenaan yang dipercayai telah beroperasi hampir dua tahun itu, menjalankan aktiviti pengasuhan tanpa kebenaran pihak berkuasa.

Menurutnya, tindakan segera telah diambil termasuk menasihatkan pengasuh supaya tidak lagi menerima kanak-kanak serta tindakan penguatkuasaan sedang dijalankan.

“Hasil siasatan mendapati taska ini tidak berdaftar di bawah akta berkenaan. Pegawai psikologi turut ditugaskan memberikan kaunseling kepada keluarga mangsa,” katanya ketika dihubungi.

Sebelum ini, Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Azahar Abdul Rahim dilaporkan berkata, pihaknya telah membuka kertas siasatan berhubung kematian bayi berusia setahun ketika berada di bawah jagaan pengasuh berusia 32 tahun.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Azahar Abdul Rahim berkata, ibu mangsa membawa anaknya ke sebuah klinik swasta di Bandar Sri Sendayan pada pukul 5.50 petang Isnin lalu kerana bayi itu tidak sedarkan diri.

Hasil bedah siasat yang dijalankan di Hospital Rembau mendapati terdapat kecederaan pada bahagian abdomen dan pengasuh ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 31(1)(A) Akta Kanak-Kanak 2001. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN