fbpx
ADAM menyelar segelintir individu yang melemparkan tanggapan negatif mengenai fizikalnya yang kurus ketika ini.

‘Badan besar kata ‘chubby’, bila kurus tuduh ambil bahan terlarang’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Pelakon Adam Lee meluahkan rasa kesal apabila perubahan fizikalnya menjadi bahan tafsiran liar segelintir pihak, sedangkan itu kerana disiplin ketat dan komitmen terhadap sukan tempur.

Ujar Adam atau nama sebenarnya Muhamad Arif Adam Mohamed Fadlee, 31, setiap fasa perubahan tubuhnya menjadi sasaran persepsi berbeza, sama ada ketika berat badan naik mahupun susut.

“Bila badan besar, orang kata saya chubby. Bila kurus, timbul pula tuduhan kononnya saya sakit, ambil bahan terlarang dan macam-macam lagi.

“Sedangkan mereka tak pernah ikuti pun perjalanan hidup saya,” katanya dalam Threads.

Tambah pelakon filem Babah itu, berat badannya turun kerana giat membuat persiapan menyertai kejohanan Muay Thai dan bakal beraksi dalam kategori 73 kilogram.

“Saya memang akan sertai Fury Muay Thai pada 28 Disember ini, bertanding dalam kategori 73 kilogram.

“Lepas perlawanan nanti, berat badan akan dinaikkan semula ke 77 kilogram,” tegasnya.

Pun begitu, suami kepada aktres Sweet Qismina itu menzahirkan penghargaan kepada mereka yang setia menyokong kerjayanya tanpa memandang rupa dan fizikal.

“Apa-apa pun, saya ucapkan terima kasih kepada semua yang menyokong saya, tak kira badan kurus keding atau chubby.

“Sokongan itu sangat saya hargai,” jelasnya.

Sebelum ini, penampilan Adam ketika menghadiri Anugerah Bintang Popular ke-37 (ABP37) mencuri perhatian ramai, sekali gus mencetuskan pelbagai reaksi termasuk dakwaan kelihatan terlalu kurus dan tidak sihat. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI