fbpx
Gambar hiasan

Anak tak mahu ke sekolah, duit belanja cuma RM1

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Seorang ibu berkongsi kisah anak sulungnya berusia 10 tahun merajuk dan enggan ke sekolah kerana jumlah wang belanja yang diberikan bapanya dianggap terlalu sedikit.

Menurut wanita itu, anaknya sering pulang dari sekolah dengan rasa kecewa kerana hanya diberikan RM1 untuk belanja.

“Semalam anak buat hal, dia tak mahu ke sekolah. Dekat 30 minit saya dan suami pujuk dan tanya apa puncanya.
“Dia kata malu dengan kawan-kawan sebab dia bawa duit belanja RM1, yang lain bawa RM3. Dia boleh beli sosej atau nuget sahaja setiap hari,” katanya menerusi perkongsian di Threads.

Tambah wanita itu, sebelum ini suaminya memberi wang belanja buat anak mereka sebanyak RM3, namun sejak kanak-kanak tersebut pernah alami masalah cirit-birit di sekolah, dia menyediakan bekal untuk dibawa.

“Rupanya anak tetap nak membeli walaupun dah ada bekal. Budak-budak ini memang pantang nampak kawan berbelanja, dia pun nak juga. Tak apalah nak, lepas ini ibu boleh tenang-tenang sahaja waktu pagi, tak perlu bekal kembali balik rutin bagi duit belanja RM3,” katanya.

Di ruangan komen, ada ibu bapa berkongsi pengalaman hampir sama dilalui wanita tersebut.

“Anak saya pun macam ini puan, bekal dibawa tak sentuh, sibuk nak ke kantin juga. Pernah satu hari dia mengadu dengan cikgunya kata ibu tak bagi duit, dia tak boleh beli ayam dekat kantin. Pening layan ragam anak-anak nak membesar ini,” kata seorang pengguna. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN