PETALING JAYA – Belum lagi reda ‘demam’ Rembayung, muncul peluang pelaburan hartanah yang menarik apabila sebidang tanah di belakang restoran bakal dibuka itu kini ditawarkan untuk dijual pada harga RM1.9 juta.
Perunding hartanah, Teha Rosli berkongsi maklumat itu di Facebook dengan menegaskan bahawa lokasi tanah tersebut adalah strategi untuk pelabur atau pemilik perniagaan yang ingin memanfaatkan aliran pengunjung ke kawasan itu.
“Dalam pada kita sibuk dengan Rembayung, tahu-tahu tanah yang saya nak jual ni belakang Rembayung sahaja. Just behind (hanya di belakakng) Rembayung!,” katanya.
Tanah berkeluasan 4,865 kaki persegi itu terletak di Kampung Baru, Kuala Lumpur, berstatus Rizab Melayu Hakmilik Bebas dan dikatakan sesuai untuk pelbagai kegunaan komersial.
Hantaran tersebut juga menerima pelbagai komen daripada orang ramai yang menekankan potensi keuntungan dari segi penyewaan lot parkir.
“Buat tapak parkir RM3 sekali masuk. Pelanggan Rembayung mesti ramai setiap hari. Bersihkan dan tar cantik serta buat pagar kawat sekeliling. Ada satu pintu keluar masuk utama, empat pintu keluar masuk pejalan kaki, mesti pelanggan suka,” cadang Qasehayu.
“Buat lot parkir, pasti setiap hari ada pendapatan tanpa henti,” kata Ashiq. – KOSMO! ONLINE














