MARANG – Tiada siapa menyangka samping songket yang dihasilkan bekas banduan memiliki kualiti seni yang sangat tinggi dan mampu dijual pada harga mencecah RM65,000 sehelai. Pengusaha samping songket, Siti Mariam Said, 45, berkata, kebanyakan bekas banduan mempunyai kemahiran luar biasa dalam penghasilan seni tekstil tradisional terutama mereka yang mendapat latihan ketika berada di dalam penjara. Katanya, kilangnya sendiri kini mempunyai empat penenun yang terdiri daripada bekas banduan daripada pelbagai latar belakang. “Setakat ini kami menerima kira-kira 45 helai tempahan sam-ping…














