fbpx
JDT mengambil pendekatan merendah diri dan menghormati kemampuan Sabah menjelang final Piala FA pada Ahad ini. - JOHOR SOUTHERN TIGERS

JDT enggan jadi pilihan juara Piala FA

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PEMANGKU Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail enggan melabel Johor Darul Ta’zim (JDT) sebagai pasukan pilihan untuk memenangi Piala FA musim ini menjelang final di Stadium Nasional Bukit Jalil pada Ahad ini.

Sebaliknya, pemilik Harimau Selatan itu meluahkan kebimbangan lawan mereka, Sabah FC akan tampil dengan aura berbeza memandangkan ini adalah penampilan pertama pasukan dari Borneo dalam tempoh 27 tahun di pentas final.

“Final jangan ingat kita boleh menang, awak kalahkan dia (Sabah) sini (Johor Bahru) berkosong-kosong, jangan ingat dia pasukan yang sama apabila final. Final macam-macam benda pelik boleh berlaku.

“Tengok masa kita lawan (Sri) Pahang FC tahun lepas (final Piala Malaysia). Pahang boleh jadi sekuat-kuatnya. Lepas itu ingat tak masa KL (Kuala Lumpur) City FC yang kita kalah 0-2. Itu pasal kita pergi kita ingat kita ‘power’.

“Kena 0-2 dengan KL, baru kita bangkit, jadi benda itu macam ‘wake up call’. Final ini jangan ingat lawan Sabah kita terlebih yakin, apa-apa boleh berlaku kerana ia adalah final,” titah baginda yang dipetik menerusi sesi wawancara bersama penyokong JDT kelmarin.

Sebelum ini, JDT tidak berdepan masalah menyingkirkan Kuching City FC 4-1 secara agregat di separuh akhir, manakala Sabah mengalahkan naib juara musim lalu, Selangor FC 5-4 menerusi sepakan penalti selepas terikat 5-5 secara agregat.

“Sabah punya pemain bagus-baguslah. Cuma hari itu yang dia kena banyak gol memang dia tidak ada nasib, pemain pun tidak semangat pasal masa itu pemain tak dapat gaji. Sekarang dia sudah okey,” jelas baginda. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI