fbpx
Hardiha ketika ditemui di Unit Forensik Hospital Seberang Jaya, tadi.

‘Ingatkan mereka bahagia…’ – Bekas suami

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEBERANG PERAI – Bekas suami kepada wanita yang maut dipercayai dibunuh suaminya sebelum mayatnya disimpan selama empat hari di dalam bilik tidur sebuah flat di Jalan Tuna, Seberang Jaya di sini, mengakui masih terkejut dan tidak menyangka dengan tindakan kejam suspek terbabit.

Hardiha Syarin Yezral Harun, 46, berkata, dia ingatkan selama ini hubungan bekas isteri dan suami baharunya itu hidup bahagia namun berlaku sebaliknya.

“Siapa sangka jadi sebegini. Saya ingatkan mereka duduk bahagia. Tergamak suspek bertindak kejam melakukan seumpama itu terhadap isterinya sendiri.

“Kalau mati sebab sakit, tak apa..tapi ini mati dibunuh…Malah, sanggup biarkan mayat di dalam rumah berhari-hari.

“Saya dimaklumkan mengenai kejadian berlaku oleh anak sulung tengah hari semalam. Memang hubungan kami dah lama terputus selepas bercerai pada tahun 2012.

“Tapi bab anak, kami tak kisah…arwah jumpa anak-anak bila balik Kedah,” katanya ketika ditemui di pekarangan luar Unit Forensik Hospital Seberang Jaya di sini,tadi.

Menurut bapa kepada lima anak itu, dua daripada lima anaknya yang berusia 16 dan 15 tahun kini tinggal bersamanya di Alor Setar, Kedah sejak mereka kecil.

“Anak-anak ada jumpa mama mereka minggu lepas, ketika arwah pulang ke rumah ayahnya. Anak-anak kami juga baik dengan abi (panggilan anak kepada bapa tiri) mereka.

“Saya pernah pesan dekat arwah, jangan libatkan anak-anak jika ada masalah rumahtangga. Kena jaga hubungan dengan anak-anak walaupun kami sudah berpisah lama,” ujarnya dalam nada sebak.

Dalam pada itu, katanya lagi, dia berharap kematian bekas isterinya itu mendapat keadilan sewajarnya demi masa depan anak-anak dan keluarga mentua.

“Sebelum ini, saya dengar kejadian sebegini (suami bunuh isteri) berlaku di tempat lain..Kali ini tak sangka berlaku terhadap keluarga sendiri.

“Saya rapat dengan keluarga mentua. Kediaman kami di Kedah pun dekat. Memang saya dan keluarga mentua selalu berhubung.

“Jenazah bekas isteri akan dikebumikan dekat rumah kami di Kampung Suka Menanti, Alor Setar di Kedah. Senang untuk anak-anak ziarah pusaranya nanti,” tambahnya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN