fbpx
TANGKAP layar klip video bas ‘pink’ dan Axia yang tular kerana membuat aksi zig zag di Taman Angkasa Nuri, Melaka, semalam.

[VIDEO] Pemandu bas ‘pink’ buat aksi zig zag dikesan positif syabu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

ALOR GAJAH – Pemandu bas henti-henti, BAS.MY atau bas ‘pink’ yang videonya tular kerana membuat aksi berbahaya zig zag dengan sebuah Perodua Axia di Taman Angkasa Nuri dekat sini semalam didapati positif dadah jenis syabu.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Ahmad Abu Bakar berkata, pihaknya telah mengesan video tular itu di Facebook dan siasatan awal mendapati kejadian berlaku pada 8.25 pagi.

Jelasnya, ketika kedua-dua kenderaan terbabit dalam perjalanan dari arah bulatan Taman Angkasa Nuri ke Jalan Industri Angkasa Nuri.

“Bas berkenaan dipandu oleh seorang lelaki berusia 47 tahun, manakala kereta Perodua Axia dipandu oleh seorang wanita berusia 44 tahun.

“Berdasarkan rakaman video tular, kedua-dua kenderaan dilihat telah brek secara mengejut serta melakukan pergerakan zig-zag antara satu sama lain sehingga boleh membahayakan pengguna jalan raya lain,” katanya kepada pemberita, hari ini.

Ujarnya, bagaimanapun tiada penumpang di dalam bas berkenaan ketika kejadian.

“Pemandu bas telah dibawa menjalani ujian saringan awal air kencing dan didapati positif dadah jenis methamphetamine, manakala pemandu kereta bebas dari sebarang pengambilan dadah.

“Pemandu bas telah ditangkap dan permohonan reman akan dibuat bagi membantu siasatan,” ujarnya.

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 atas kesalahan memandu secara melulu dan membahayakan.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN