fbpx
Tangkap layar kehadiran beberapa ekor ikan lumba-lumba di Pantai Tembeling, Kuantan, Pahang.

[VIDEO] Ikan lumba-lumba muncul di Pantai Tembeling

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Kehadiran ikan lumba-lumba mencuri perhatian ramai apabila ikan tersebut kelihatan berenang di perairan Pantai Tembeling, Kuantan, Pahang baru-baru ini.

Menerusi perkongsian di TikTok oleh @yanayanggggg, kelihatan beberapa ekor ikan lumba-lumba sedang berenang di perairan pantai tersebut.

“Kemunculan ikan lumba-lumba di Pantai Tembeling, Kuantan, Pahang. Video ini diambil oleh salah seorang pemilik unit dari balkoni mereka di Blok D, Kondominium Kuantan Tembeling,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Perkongsian tersebut mendapat perhatian ramai yang rata-ratanya turut teruja dengan kehadiran ikan lumba-lumba dan turut berkongsi pengalaman masing-masing.

“Dulu masa saya kecil, saya dan kawan pernah nampak ikan lumba-lumba dekat sungai Kuantan. Betul-betul area Menara 188 sekarang. Dulu mak niaga situ, tetapi masa tu tidak ada telefon macam sekarang. Selalu cerita dekat anak-anak saya pernah nampak ikan lumba-lumba dalam Sungai Kuantan ni,” komen Yunizar Latif.

“Dalam tahun 80-an ikan lumba-lumba biasa masuk ke dalam Sungai Kuantan. Sekarang tidak ada dah sebab air Sungai Kuantan sudah kotor. Lagipun banyak bot-bot nelayan laut dalam buat pengkalan. Buang minyak enjin dan pukat koyak merata ke dalam sungai,” kata Halim Johan.

“Ini tandanya pantai di Kuantan bersih. Ikan lumba-lumba tidak akan ada kalau air atau pantai kotor,” komen Izwan. – KOSMO! ONLINE

@yanayanggggg Dolphin spotted at Pantai Tembeling, Kuantan, Pahang. This amazing video footage was taken by one of the unit owners from their balcony at Block D, Kuantan Tembeling Condominium❤️😍✨ #fyp #dolphin ♬ Past Lives – Jon Poppii

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI