fbpx
The Magpies ketika ini berada di tangga ke 12 dengan 10 mata daripada enam perlawanan UCL musim ini.

UCL: Newcastle pilih laluan berliku

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LEVERKUSEN – Pemain Newcastle United kini bakal menggalas tugasan penting untuk menentukan nasib sendiri di pentas Liga Juara-Juara Eropah (UCL) musim ini selepas hanya seri 2-2 dengan Bayer Leverkusen di BayArena awal pagi tadi.

Bagaimanapun, pengurus Newcastle, Eddie Howe kekal yakin The Magpies masih berada di kedudukan terbaik untuk meneruskan cabaran di pertandingan itu walaupun akan berdepan PSV Eindhoven dan Paris Saint-Germain (PSG) dalam baki dua perlawanan selepas ini.

“Saya fikir keputusan ini meletakkan kami di posisi yang agak bagus dan segalanya berada dalam tangan kami sendiri. Selepas ini kami akan berdepan perlawanan yang agak sukar tetapi kami tidak sabar untuk mengharunginya.

“Namun, apa yang kami boleh lakukan sekarang adalah mengalihkan perhatian kepada aksi Liga Perdana Inggeris (EPL). Walaupun tidak berada pada prestasi terbaik, namun kami masih tetap menunjukkan peningkatan,” katanya.

Leverkusen mendahului menerusi jaringan sendiri pemain pelawat, Bruno Guimaraes sebelum Newcastle bangkit dengan dua gol melalui Anthony Gordon dan Lewis Miley.

Hasrat Newcastle membawa pulang tiga mata tidak kesampaian apabila Alejandro Grimaldo muncul wira Leverkusen dengan gol penyamaan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN