fbpx
Anggota forensik melakukan siasatan di lokasi kejadian tembak yang meragut nyawa seorang pengawal peribadi di Jalan Rasah, Seremban semalam. (Gambar kecil) Alzafny.

Tembak Seremban: Tiga ditahan, polis rampas sepucuk pistol

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEREMBAN – Tidak sampai 24 jam, tiga individu ditahan berhubung kes menembak dua lelaki sehingga menyebabkan seorang daripada mereka maut di Jalan Rasah menghala ke Plaza Tol Port Dickson, di sini pagi semalam.

Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Alzafny Ahmad berkata, tangkapan ke atas tiga suspek yang berusia dalam lingkungan 30 dan 40-an itu dilakukan di sekitar Nilai, Seremban dan Port Dickson.

“Kesemua tangkapan dibawa ke Mahkamah Majistret Seremban untuk permohonan reman dan dibenarkan selama lima hari hingga 15 Disember ini untuk membantu siasatan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Alzafny berkata, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan Seksyen 3 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Azahar Abdul Rahim berkata, selain tangkapan pihaknya turut merampas sepucuk pistol yang digunakan dalam kejadian tersebut.

“Hasil siasatan mendapati kejadian itu bermotifkan dendam dan kita masih menyiasat sekiranya terdapat unsur kongsi gelap,” katanya

Menurut Azahar, seorang lagi mangsa tembak berusia 47 tahun dilaporkan dalam keadaan kritikal dan masih dirawat di Hospital Tuanku Ja’afar Seremban.

Dalam kejadian pada pukul 7.53 pagi itu, dua individu yang diprcayai menunggang motosikal melepaskan dua das tembakan terhadap mangsa yang menaiki kereta jenis Perodua Myvi.

Seorang mangsa berusia 43 tahun yang bekerja sebagai bodyguard bagaimanapun meninggal dunia selepas hampir lima jam menerima rawatan di hospital.-KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN