LISBON – Jurulatih Benfica, Jose Mourinho mengakui taktikalnya lebih ampuh berbanding Antonio Conte selepas mencatat kemenangan 2-0 ke atas Napoli dalama aksi Liga Juara-Juara Eropah (UCL) di Estadio da Luz awal pagi tadi.
Pada perlawanan itu, percaturan Mourinho meletakkan Vangelis Pavlidis di bangku simpanan dan memilih Franjo Ivanovic sebagai penggempur utama membuahkan hasil dengan dua gol mereka berjaya dijaringkan oleh Richard Rios serta Leandro Barreiro.
Mourinho turut menyindir Conte selepas memberi alasan Napoli kepenatan disebabkan mereka terpaksa mengharungi jadual padat sehingga menyebabkan pemain kurang cergas.
“Napoli adalah pasukan hebat dan dibimbing oleh jurulatih berpengaruh dengan sistem pertahanan yang sukar untuk ditembusi.
“Namun, bila mereka katakan Benfica lebih cergas boleh dianggap alasan tidak munasabah. Apa yang jelas, taktikal saya memilih Ivanovic berbanding Pavlidis menjadi dan kami layak untuk menang,” katanya. – AGENSI














