fbpx
QUOC CUONG

Sukan SEA: Vietnam yakin menang ‘ibu emas’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BANGKOK – Pasukan bola sepak bawah 22 tahun (B-22) Vietnam melaungkan keyakinan mereka mampu untuk merangkul pingat emas pada temasya Sukan SEA 2025 yang sedang berlangsung di Thailand.

Keyakinan itu disuarakan pemain tengah, Nguyen Thai Quoc Cuong menjelang pertemuan menentang Malaysia pada saingan Kumpulan B yang dijadualkan berlangsung di Stadium Rajamangala petang ini.

Quoc Cuong berkata, motivasi pasukan berada pada tahap tertinggi ketika ini, sekali gus menjadi pembakar semangat buat skuad kendalian Kim Sang Sik itu untuk merampas pingat emas daripada Indonesia.

“Seluruh pasukan berada dalam keadaan cukup bersemangat dan tidak sabar untuk berdepan Malaysia. Jurulatih (Sang Sik) juga berkongsi motivasi yang sama dengan kami untuk mencatat kemenangan.

“Ini merupakan penampilan sulung saya di Sukan SEA dan harapan adalah untuk memberikan yang terbaik buat pasukan negara. Sasaran pasukan tidak lain dan tidak bukan adalah untuk memenangi pingat emas,” katanya.

Dalam pada itu, dia turut mendedahkan, semangat kerjasama serta kekeluargaan dalam pasukan mampu menjadi faktor untuk mereka mempamerkan aksi terbaik bagi merealisasikan hasrat besar Vietnam.

“Dapat menyertai pasukan pada temasya kali ini merupakan satu penghormatan buat saya. Kejayaan Vietnam bersandarkan kepada semangat berpasukan serta kegigihan pemain untuk berjaya,” ujar Quoc Cuong. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI