fbpx
Skuad hoki wanita negara menundukkan Singapura 3-0 dalam aksi pembukaan liga sepusingan di Universiti Sukan Nasional, Chonburi hari ini. - MHC

Sukan SEA: Tigress buka langkah kanan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Skuad hoki wanita negara memulakan kempen Sukan SEA Thailand 2025 dengan langkah kanan selepas menundukkan Singapura 3-0 dalam aksi pembukaan liga sepusingan di Universiti Sukan Nasional, Chonburi hari ini.

Tiga jaringan daripada Anith Humaira Baharudin pada minit ke-24, Nuramirah Shakirah Zulkifli (m-31) dan Nur Afiqah Syahzani Azhar (m-53) memastikan Tigress mengutip tiga mata pertama, sekali gus memberi tonik awal dalam misi memburu emas.

Ketua jurulatih, Nasihin Nubli Ibrahim mengingatkan kemenangan berkenaan belum mencerminkan tahap sebenar pasukan selepas berdepan permukaan padang baharu yang tidak rata, sekali gus menjejaskan kelancaran permainan Malaysia.

“Alhamdulillah kita dapat tiga mata pertama, tetapi kemenangan ini bukan menggambarkan tahap sebenar kita. Padang baharu yang tidak serata menyukarkan corak permainan laju Malaysia,” katanya.

Nasihin menjelaskan skuad negara hanya sempat berlatih selama satu jam di lokasi itu sehari sebelum perlawanan, menyebabkan pemain mengambil masa untuk menyesuaikan diri sebelum berjaya menemui rentak sebenar pada separuh masa kedua.

“Kami hanya berlatih sejam semalam, jadi pemain belum dapat menyesuaikan diri sepenuhnya. Akhirnya mereka berjaya adaptasi dan mencipta beberapa peluang gol. Kami tidak mahu menekan butang panik kerana ini permulaan yang baik dan kita akan berkembang dari sini,” ujarnya.

Beliau turut menyentuh aksi pukulan sudut penalti Malaysia yang mencatat tujuh percubaan dengan dua jaringan, sambil menyifatkan faktor bola melantun dan padang berat turut menjejaskan penyudah.

“Imbangan itu disebabkan bola yang melantun dan stopper tidak dapat mengawal sepenuhnya kerana padang berat. Namun pemain cepat menyesuaikan diri walaupun Singapura banyak bertahan,” tambahnya.

Mengulas pertemuan seterusnya menentang Indonesia esok, Nasihin yakin prestasi skuadnya akan meningkat selepas pemain kini lebih arif dengan keadaan padang serta cara mengeksploitasi kelemahan lawan.

Dalam masa sama, Nasihin turut menasihati pemain agar menilai semula aksi mereka melalui analisis video bagi memperbaiki mutu permainan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN