fbpx
DANISH Iftikhar berjaya meraih pingat gangsa ketika turun membuat penampilan sulung di Sukan SEA Thailand 2025.

Sukan SEA: Puripol emas, Danish Iftikhar tuai gangsa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BANGKOK – Pelari pecut muda sensasi negara, Danish Iftikhar Muhammad Roslee membuktikan dia adalah ‘permata’ baharu olahraga negara apabila berjaya merangkul pingat gangsa dalam acara riben biru 100 meter (m) Sukan SEA Thailand 2025 biarpun kali pertama menyertai temasya dwitahunan tersebut.

Dalam aksi final yang berlangsung di Stadium Nasional Suphachalasai itu, atlet berusia 18 tahun berkenaan tidak gentar berdepan jaguh-jaguh berpengalaman rantau ini apabila melintasi garisan penamat dengan catatan masa 10.26 saat (s) sekali gus menamatkan saingan di kedudukan ketiga terpantas.

Pingat emas sah menjadi milik ‘Raja Pecut’ Asia Tenggara, Puripol Boonson dari Thailand yang mempamerkan larian dominan dengan catatan 10.00s, biarpun gagal mengulangi catatan bawah 9.94s pada Saringan 1 di sebelah petang.

Lebih menarik, Danish Iftikhar hanya dipisahkan 0.01 saat dengan pemenang pingat perak dari Indonesia, Lalu Muhammad Zohri selepas mencatat masa 10.25.

“Saya berbangga dapat berlari bersama jaguh-jaguh Asia Tenggara di sini dan satu pengalaman baharu buat saya. Ini adalah penampilan pertama saya di Sukan SEA, Insha-Allah saya akan buat terbaik pada masa akan datang.

“Yang kita tahu Puripol adalah pelari yang ada ranking dunia dalam 100m dan pada aksi saringan dia juga catat 9.94s yang merupakan rekod temasya. Alhamdulilah saya juga catat masa peribadi terbaik di sini 10.18 dan bila aksi final tadi saya hanya tawakal kepada Allah dan berserah kerana saya telah lakukan terbaik,” katanya sejurus tamat perlumbaan hari ini.

Kejayaan menaiki podium pada penampilan sulung di temasya dwitahunan ini dianggap pencapaian membanggakan buat Danish Iftikhar , sekali gus memberi isyarat bahawa dia bakal menjadi pencabar utama dalam kejohanan akan datang.

Sementara itu, seorang lagi wakil negara, Jonathan Nyepa menamatkan saingan di kedudukan keenam dengan catatan masa 10.52s.

Dalam acara lompat kijang, harapan atlet berpengalaman negara, Andre Anura Anuar untuk menjelamakan pingat emas hatrik di bumi Thailand tidak berhasil apabila terpaksa berpuas hati pingat perak selepas sekadar melakukan lompatan 16.29 meter (m).

Lebih perit, Andre hanya dipisahkan 0.04m dengan pemenang pingat emas dari Vietnam, Ho Trong Manh Hung yang melakukan lompatan 16.33m. Atlet Singapura, Lee Gabriel Jing Yi, melengkapkan senarai pemenang dengan catatan 16.09m.

Andre bagaimanapun mengakui kesilapannya terlalu fokus kepada ancaman atlet tuan rumah sehingga tidak menyangka wakil Vietnam mampu melakukan lompatan lebih baik.

“Pada mulanya dalam otak saya hanya fikirkan atlet tuan rumah sehingga saya terlepas pandang atlet Vietnam. Saya tak sangka pun yang dia boleh lompat dengan baik pada lompatan terakhir dengan 16.33m.

“Sedih ada juga, gembira pun ada juga sebab jika ada yang pernah ikut perkembangan saya, sudah genap dua tahun saya tak dapat lakukan lompatan pada jarak 16m. Jadi hari ini saya dapat semula lakukan lompatan sejauh itu,” katanya. -KOSMO ONLINE!

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN