fbpx
PURIPOL kini manusia terpantas Asia Tenggara selepas melakukan catatan masa 9.94s. - AFP

Sukan SEA: Puripol atlet Asia Tenggara pertama catat bawah 10 saat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BANGKOK – Gelaran ‘Manusia Terpantas Asia Tenggara’ bakal menjadi milik jaguh pecut sensasi Thailand, Puripol Boonson selepas pelari berusia 19 tahun itu melakar sejarah memecahkan tembok 10 saat (s) dalam acara 100 meter (m) pada Sukan SEA Thailand 2025, hari ini.

Dalam aksi Saringan 1 yang berlangsung di Stadium Nasional Suphachalasai, Puripol mempamerkan larian memukau ribuan penonton apabila memecut laju sebelum mencatat rekod masa terpantas 9.94 saat (s).

Catatan luar biasa itu sekali gus memadam rekod temasya berusia 16 tahun, 10.17s milik legenda Indonesia, Suryo Agung Wibowo yang bertahan sejak edisi 2009.

Namun, tumpuan kem negara turut terarah kepada permata baharu pecut Malaysia, Danish Iftikhar Muhammad Roslee yang mencipta kejutan tersendiri apabila turut melangkah ke final selaku juara Saringan 2.

Danish mempamerkan larian bertenaga untuk melakukan catatan peribadi terbaik 10.18s sekali gus memadam rekod lamanya 10.26s, malah lebih manis apabila beliau berjaya mengatasi bintang sensasi Indonesia, Lalu Muhammad Zohri yang sekadar mencatat 10.19s di tempat kedua.

Kegembiraan kem olahraga negara berganda apabila pelari senior, Jonathan Nyepa turut mengesahkan tiket ke final selepas menamatkan saingan di tempat ketiga Saringan 1 dengan catatan 10.48s. mengekori rapat pelari Singapura, Marc Louis (10.38s).- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN