fbpx
Tangkap layar hantaran memaparkan mesej yang diterima dipercayai daripada pensyarah.

Pensyarah minta ‘selfie’ dengan jenazah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Seorang wanita terkejut apabila ada pensyarah yang meminta pelajar berkongsi gambar bersama jenazah sebagai bukti pengecualian kehadiran kelas kuliah.

Menerusi hantaran di Threads, permintaan itu dianggap melampaui batas dan tidak profesional terutama daripada seorang individu yang bergelar pensyarah.

“Aku faham sahaja kalau pensyarah nak jaga rekod kehadiran pelajar dan mengelakkan kes penipuan, tapi minta pelajar swafoto dengan jenazah itu melampau.

“Boleh sahaja minta pelajar beri surat kematian, kalau tiada surat anggap menipu. Kalau mak atau nenek dia betul-betul meninggal, nak kena ‘selfie’ ke?,” katanya.

Menjengah ke ruang komen, ramai yang mencadangkan supaya pelajar yang menipu untuk mengelak daripada menghadiri kelas kuliah perlu diambil tindakan, tetapi bukan dengan cara tidak profesional itu.

“Kalau ada pelajar menipu sekali pun, tak sepatutnya bagi ayat macam ini. Cukup minta surat kematian,” komen @Mhmmd_hzwn.

“Kadang memang pelajar menipu. Hubungan tak rapat dan tak pergi menziarah jenazah pun tapi gunakan sebagai alasan tidak hadir jelas,” komen @Wannnnn89.

“Kepada pensyarah, bagi sahaja surat amaran sekiranya pelajar menipu dan selalu sangat bagi alasan. Boleh minta surat kematian dan tolong bertimbanf rasa atas musibah orang lain,” komen @Rxsecya. –KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN