fbpx
ANWAR berucap sempena Majlis Penyempurnaan dan Pengoperasian Landasan Berkembar Elektrik Gemas - Johor Bahru di Stesen KTMB Kempas Baru, Johor Bahru hari ini. Foto RAJA JAAFAR ALI

Pandangan, teguran kerajaan negeri diambil kira – PM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JOHOR BAHRU – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan Kerajaan Persekutuan sentiasa mendengar pandangan serta teguran kerajaan negeri bagi memastikan setiap perancangan pembangunan benar-benar menepati keperluan rakyat di peringkat akar umbi.

Anwar berkata, pendekatan baharu itu menandakan perubahan besar dalam cara kerajaan merangka pembangunan negara yang kini tidak lagi bergantung kepada andaian pihak pusat semata-mata.

Menurutnya, kerjasama erat antara Kerajaan Persekutuan dan pentadbiran negeri membolehkan pelan pembangunan disesuaikan dengan realiti sebenar di tiap-tiap negeri termasuk Johor yang kini menjadi antara penyumbang terbesar ekonomi negara.

“Johor terus menunjukkan prestasi pelaburan yang memberangsangkan dengan anggaran nilai pelaburan yang berpotensi melepasi RM100 bilion, perkembangan yang disifatkan sebagai rekod baharu untuk negeri itu.

“Pencapaian ini membuktikan keyakinan pelabur asing dan tempatan terhadap kestabilan ekonomi negara serta hala tuju pembangunan yang lebih tersusun di bawah Kerajaan Madani,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penyempurnaan dan Pengoperasian Landasan Landasan Berkembar Elektrik Gemas–Johor Bahru (PLBEGJB) di Stesen KTMB Kempas Baru di sini hari ini.

Hadir menyempurnakan majlis ialah Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail Sultan Ibrahim.

Sementara itu, Anwar turut menekankan kepentingan rangkaian pengangkutan moden termasuk projek pengangkutan elektrik baharu yang bakal menjadi pemangkin utama pertumbuhan ekonomi setempat.

Katanya, pembangunan infrastruktur itu bukan sekadar projek rel, tetapi turut membabitkan perancangan bersepadu merangkumi pusat ekonomi, kawasan komersial, gerai makanan, perumahan dan pelbagai kemudahan rakyat di kawasan sekitar stesen.

Beliau menjelaskan, setiap stesen baharu akan dibangunkan secara strategik bagi mewujudkan kawasan pertumbuhan baharu sekali gus merancakkan aktiviti ekonomi dan meningkatkan peluang pekerjaan untuk penduduk setempat.

Tambahnya, model pembangunan berasaskan pengangkutan atau transit-oriented development itu akan menjadi antara tunjang utama pembaharuan ekonomi negara dalam tempoh beberapa tahun akan datang.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI