fbpx
Farel pergi ke sekolah pada pukul 3 pagi (waktu tempatan) setiap hari. - Istimewa

Murid pergi sekolah pukul 3 pagi, bimbang lambat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JAKARTA – Seorang murid berumur tujuh tahun di Sigi, wilayah Sulawesi Tengah mengundang perhatian orang ramai apabila gemar pergi ke sekolah pada pukul 3 pagi kerana bimbang terlewat, lapor laman berita Detik. 

Kanak-kanak dikenali sebagai Farel itu merupakan murid di Sekolah Dasar Negeri (SDN) 1 Soulowe. 

Bapa saudara murid tersebut, Isman berkata, dia akan menghantar Farel ke sekolah pada pukul 3 pagi (waktu tempatan) setiap hari. 

“Farel akan bangun pada pukul 1 pagi (waktu tempatan) untuk bersiap. Walaupun waktu persekolahan masih jauh, dia tetap berkeras untuk keluar awal kerana bimbang lambat,” katanya. 

Isman menambah bahawa jarak dari rumah ke sekolah hanya sekitar 1 kilometer. 

“Jaraknya menjadi antara 700 hingga 800 kilometer jika kami menggunakan jalan pintas,” tambah Isman. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN