fbpx
Gambar hiasan

Mengeluh gaji RM2,000, ramai minta jangan kahwin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – “Sebenarnya kau belum layak untuk berkahwin.”

Itu reaksi netizen apabila seorang lelaki mempertimbangkan pinjaman bank untuk berkahwin demi menunaikan hasrat keluarga pihak perempuan.

Menurut pengguna Threads, pendapatan bulanan sebanyak RM2,000 memaksanya membuat pinjaman bank untuk majlis perkahwinan yang dijangka memerlukan kos sebanyak RM20,000.

“Macam mana nak dapat RM20,000 untuk berkahwin kalau tak buat pinjaman bank? Umur dah 30 tahun, keluarga perempuan tak nak buat majlis kecil-kecilan pula.

“Aku dah berusaha untuk ubah nasib. Siapa yang cipta adat berkahwin dengan meletakkan harga hantaran yang tinggi ini?,” katanya.

Perkongsian tersebut menarik perhatian ramai termasuk yang mengecam sikap tidak matang lelaki berkenaan.

“Pendapat aku, kau belum layak untuk berkahwin apabila kau terfikir untuk buat pinjaman bank berbanding usaha sendiri,” komen @Syahcoveryou.

“Jangan kahwin, kasihan pada bakal isteri. Kalau bujang pun tak mampu menyimpan, abang rasa mampu ke menyimpan selepas kahwin?,” komen @Quietlybroken.

“Kalau merungut, sampai bila-bila takkan menyimpan. Dahulu aku boleh simpan RM800 sebulan dengan gaji RM1,600 sahaja, hasil kerja sampingan untuk kahwin,” komen @Hazrultaib. –KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI