DI Pantai Timur, saya biasanya turun di perairan Penyabong, Johor menggunakan bot kayu. Kali ini saya mengubah cita rasa dan ingin mencuba perairan Kuantan, Pahang pula. Hasil perbincangan dengan rakan-rakan seramai tujuh orang, akhirnya kata sepakat diputuskan untuk menyewa bot fiber, Ocean Marks 2. Masa untuk trip yang ditunggu-tunggu telah tiba, Jumaat malam selepas selesai kerja di pejabat, kami bertolak dari Klang, Selangor dengan dua buah kereta. Kami sampai di Masjid Balok, Kuantan dalam pukul 5.30 pagi. Selesai solat subuh……














