fbpx
Mangsa ditemukan meninggal dunia dengan kesan melecur 100 peratus.

Mangsa kebakaran Mont Kiara tinggal seorang diri sejak 2021

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Seorang pelukis yang meninggal dunia dalam kejadian kebakaran melibatkan sebuah unit kondominium di Taman Sri Hartamas, di sini difahamkan tinggal bersendirian sejak 2021.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Hoo Chang Hook berkata, lelaki berusia 38 tahun itu belum berkahwin dan kali terakhir berhubung dengan keluarganya pada 6 Disember lalu.

“Dia menghubungi keluarganya pada pukul 1 tengah hari Sabtu lalu,” katanya ringkas ketika dihubungi hari ini.

Kosmo! sebelum ini melaporkan mangsa ditemukan di bahagian balkoni dalam keadaan melecur 100 peratus dan disahkan meninggal dunia di lokasi oleh petugas Kementerian Kesihatan (KKM).

Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur memaklumkan pihaknya menerima panggilan kecemasan menerusi sistem NG999 sebelum menghantar pasukan ke lokasi.

Ujarnya, Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sri Hartamas bersama BBP Menjalara, BBP Sentul dan BBP Taman Tun Dr. Ismail digerakkan ke tempat kejadian.

Setiba di tingkat 26 bangunan, pasukan bomba mendapati sebuah unit kondominium sedang marak terbakar. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN