fbpx
Mangsa ditemukan meninggal dunia dengan kesan melecur 100 peratus.

Lelaki rentung dalam kebakaran kondominium di Mont Kiara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki berusia 38 tahun ditemukan maut dengan melecur 100 peratus dalam kebakaran di unit kondominium di Mont Kiara, di sini awal pagi tadi.

Pusat Gerakan Operasi (PGO) Kuala Lumpur dalam kenyataan berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan memaklumkan kejadian berlaku di tingkat 26 bangunan.

“Sebaik tiba, pasukan mendapati sebuah unit sedang terbakar. Operasi pemadaman serta penyelamatan digerakkan serta-merta namun berdepan kesukaran kerana sistem pencegah kebakaran bangunan tidak berfungsi dengan baik.

“Kami terpaksa menggunakan dua pam angkut dan pam jentera untuk menyalurkan air ke unit terlibat,” katanya, hari ini.

Menurutnya, mangsa disahkan meninggal dunia oleh petugas Kementerian Kesihatan di lokasi.

Ujarnya, api berjaya dipadamkan sepenuhnya pada pukul 2.03 pagi dan punca kejadian masih dalam siasatan unit forensik. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN