fbpx
Muhyiddin (tengah), dan Wei Long (dua dari kanan), pada Majlis Penganugerahan Sijil Halal kepada MIXUE Malaysia, hari ini. Foto SHIDDIEQIIN ZON/KOSMO!

Lebih 100 cawangan MIXUE terima sijil halal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – MIXUE Malaysia meraikan satu pencapaian penting apabila lebih 100 cawangannya telah menerima pengiktirafan Halal oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) pada tahun ini.

Pengurus Besar MIXUE Malaysia, Wang Wei Long berkata, pensijilan itu menandakan perkembangan penting dalam operasi tempatan MIXUE di negara ini bagi meningkatkan keyakinan pengguna terhadap keselamatan dan jaminan halal produk MIXUE.

Beliau berkata, rangkaian cawangan MIXUE terus berkembang pesat, menjadikannya salah satu
rangkaian minuman teh dan ais krim terbesar serta paling meluas di Asia Tenggara.

“Pensijilan Halal di peringkat cawangan memberi keyakinan tambahan kepada pelanggan dan mencerminkan komitmen kami terhadap kawalan kualiti yang ketat di seluruh rantaian bekalan.

“Dari pembelian bahan mentah hingga prosedur operasi cawangan, kami mematuhi semua keperluan JAKIM dan telah membangunkan Sistem Jaminan Halal MIXUE yang menyeluruh,” katanya pada majlis penyampaian sijil halal MIXUE hari ini.

Muhyiddin (tengah), dan Wei Long (dua dari kanan), pada Majlis Penganugerahan Sijil Halal kepada MIXUE Malaysia, hari ini. Foto SHIDDIEQIIN ZON/KOSMO!

Turut hadir, Pengarah Bahagian Pengurusan Halal Jakim, Muhyiddin Aziz @ Saari, Pengarah Bahagian Pelaburan dan Penjanaan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim), Ummu Hani Husna Abdul Aziz.

Wei Long berkata, setiap cawangan wajib mengikuti prosedur tersebut bagi memastikan kualiti konsisten, pengurusan telus dan pematuhan undang-undang di seluruh negara.

Selain itu, beliau turut merakamkan penghargaan tulus kepada semua institusi dan rakan kerjasama yang telah menyokong perjalanan Halal MIXUE itu, termasuk Jakim, Yadim, rakan media, pemilik francais serta para jemputan.

“Sejak memasuki pasaran Malaysia pada tahun 2022, MIXUE sentiasa komited bagi memastikan setiap strategi perniagaan mengambil kira asas kepentingan budaya sesebuah negara itu.

“Pengiktirafan Halal daripada Jakim membawa kepentingan strategik dan membuktikan komitmen jenama untuk terus memperkukuh kedudukannya dalam industri makanan dan minuman tempatan,” katanya.

Muhyiddin (kiri), dan Wei Long pada Majlis Penganugerahan Sijil Halal kepada MIXUE Malaysia, hari ini. Foto SHIDDIEQIIN ZON/KOSMO!

Beliau memaklumkan, MIXUE Malaysia juga telah diberi kesempatan untuk menjadi sebahagian daripada Acara SAMA – Hadis Sahih Muslim Antarabangsa 2025 di mana lebih daripada 3000 cawan minuman serta 2000 aiskrim telah diagihkan kepada para peserta, diikuti dengan pemberian 10,000 baucar percuma sempena majlis penutup.

“Selain itu, pada 29 hingga 30 November tahun ini, MIXUE Malaysia turun padang ke kawasan terjejas banjir di Perlis dan Perak untuk melawat beberapa pusat pemindahan sementara.

“MIXUE menyampaikan sumbangan, sokongan dan kata-kata semangat kepada keluarga, warga emas dan kanak-kanak yang terkesan akibat hujan lebat berterusan, memastikan mereka tidak berdepan kesukaran tersebut secara bersendirian,” katanya.

Selain itu katanya, pada tahun ini sahaja, pasukan Halal MIXUE telah membantu lebih 100 cawangan mendapatkan pensijilan Halal, dan usaha itu akan diteruskan bagi memastikan jumlah cawangan MIXUE yang dipersijilkan halal akan terus bertambah di masa hadapan.

Majlis Penganugerahan Sijil Halal kepada MIXUE Malaysia, hari ini. Foto SHIDDIEQIIN ZON/KOSMO!

Sementara itu, Ketua Projek Halal MIXUE, Guo Xuying, turut menyampaikan penghargaan
kepada Jakim atas bimbingan profesional sepanjang proses pensijilan, yang membantu MIXUE untuk terus menambahbaik dan memperkasakan sistem Jaminan Halal.

“Pensijilan Halal bukanlah hanya bertujuan promosi, tetapi merupakan titik permulaan dalam usaha MIXUE untuk melaksanakan tanggungjawab sosial serta memperkukuh jenama.

“Berdasarkan pensijilan Halal ini, MIXUE akan terus berpegang pada misinya iaitu untuk mengukuhkan jenama, memakmurkan rakan kerjasama, dan memastikan setiap insan di seluruh dunia menikmati produk yang berkualiti tinggi pada harga berpatutan,” katanya.

Beliau berkata, MIXUE Malaysia komited untuk terus menyediakan produk yang berkualiti tinggi,
selamat dan dipercayai menerusi sistem pengurusan yang kemas serta piawaian
yang tinggi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI