fbpx
Sultan Sharafuddin berkenan mengurniakan Darjah Kebesaran Seri Paduka Mahkota Selangor kepada Shamsul Azri di Balairung Seri, Istana Alam Shah, Klang hari ini. FOTO: AFIQ RAZALI

KSN, 10 petugas operasi Putra Heights terima Darjah Kebesaran Sultan Selangor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KLANG – Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar dan 10 individu yang terlibat operasi berkaitan insiden letupan Putra Height antara 98 penerima darjah dan bintang kebesaran sempena Ulang tahun Hari Keputeraan ke-80 Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, hari ini.

Anakanda Sultan Sharafuddin iaitu Tengku Zerafina dianugerahkan Darjah Kerabat Selangor Yang Amat Dihormati (DKII).

Turut berangkat hadir, Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin dan Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah serta isteri, Datin Paduka Seri Afzaa Fadini Abdul Aziz .

Pada istiadat yang berlangsung di Balairung Seri, Istana Alam Shah di sini, Sultan Sharafuddin berkenan menganugerahkan Darjah Kebesaran Seri Paduka Mahkota Selangor yang membawa gelaran Dato’ Seri kepada Shamsul Azri disusuli Pengasas dan Pengerusi Kumpulan Sunway, Tan Sri Dr. Jeffrey Cheah Fook Ling.

Tiga individu iaitu Timbalan Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor, Tan Sri Mazlan Mansor ; Pengarah Eksekutif YTL Corporation Berhad, Datuk Mark Yeoh Seok Kah serta Perunding Pakar Bedah Ortopedik Pusat Perubatan Subang Jaya (SJMC), Datuk Dr. Anuar Onah dikurniakan Darjah Kebesaran Dato’ Setia Sultan Sharafuddin Diris Shah yang membawa gelaran Dato’ Setia.

Sultan Sharafuddin turut berkenan menganugerahkan 16 penerima Dato’ Paduka Mahkota Selangor dan 17 individu untuk Dato’ Sultan Sharafuddin Idris Shah yang membawa gelaran Dato’ dan Datin Paduka.

Ini antaranya melibatkan Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil ; Exco Kemajuan Desa, Perpaduan dan Pengguna, Datuk Rizam Ismail ; Ketua Pengarah Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) , Datuk Aedy Fadly Ramli dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan IOI Properties Group Berhad, Datuk Lee Yeow Seng dan Naib Canselor Univesiti Putra Malaysia, Prof Datuk . Ir. Dr. Ahmad Farhan Mohd. Sadullah.

Selain itu, Pengarah JBPM Selangor, Wan Md. Razali Wan Ismail; Pengarah Urusan Malaysia Resources Corporation Berhad (MRCB), Datuk Mohd. Imran Mohamad Salim; Panglima Markas Briged Kedua Infrantri, Brigedier Jeneral Mohd. Rosli Abu Bakar dan pelukis, Yusof Ghani.

Sultan Sharafuddin turut berkenan menganugerahkan Ahli Kegemilangan Sukan Selangor kepada atlet bina badan kebangsaan, Ahmad Faiz Arifin.

Dalam pada itu, empat daripada 10 individu yang terlibat dalam operasi Putra Height pula menerima Darjah Kebesaran Setia Mahkota Selangor.

Ini membabitkan Pegawai Daerah dan Tanah Petaling, Huzunul Khaidil Mohamed ; Timbalan Ketua Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Selangor, Superintendan Kee Hang Kee ; Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Timbalan Pesuruhjaya (PA) Ghazali Abd. Rahman dan Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Selangor, Azmin Kassim.

Dua lagi menerima Darjah Kebesaran Setia Sultan Sharafuddin Idris Shah terdiri Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat dan Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor. Khairul Azuwan Ibrahim.

Sementara empat lagi adalah Penolong Pengarah JBPM Selangor, Farid Asyhadi Assaad ; Ketua Zon 2 Selangor (Petaling) Wan Syariman Wan Salleh dan Ketua Zon 4 Selangor (Hulu Langat), Shahrin Yusmar Mat Yusof selain Ketua Yayasan Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) Ahmad Azri Zainal Nor menerima Darjah Kebesaran Ahli Mahkota Selangor. Bagaimanapun kesemua darjah kebesaran itu tidak mengurniakan apa-apa gelaran. – KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI