fbpx
SIEW FOOK berucap sempena Majlis Penyempurnaan dan Pengoperasian Landasan Berkembar Elektrik Gemas - Johor Bahru di Stesen KTMB Kempas Baru, Johor Bahru hari ini.-Foto RAJA JAAFAR ALI

Komuter Kulai-JB beroperasi suku pertama tahun depan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JOHOR BAHRU – Perkhidmatan komuter khusus bagi laluan Kulai–Johor Bahru dirancang untuk diperkenalkan akan beroperasi pada suku pertama tahun depan.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, penyediaan perkhidmatan itu adalah sebagai langkah meningkatkan lagi rangkaian pengangkutan awam dan kemudahan mobiliti rakyat Johor.

“Perkhidmatan itu akan dilaksana menggunakan set tren dan gerabak sedia ada yang sebelum ini beroperasi sebagai tren shuttle Gemas–Johor Bahru.

“Selain perkhidmatan Tren Elektrik (ETS), kita juga mahu memperkenalkan tren komuter khusus untuk laluan Kulai ke Johor Bahru. Ini sedang dirangka dan sementara menunggu set tren baharu, kita akan optimumkan gerabak-gerabak sedia ada.

“Koc-koc yang digunakan antara Gemas dan Johor Bahru akan disusun semula untuk laluan Kulai–Johor Bahru,” katanya dalam sidang akhbar selepas Majlis Penyempurnaan dan Pengoperasian Landasan Berkembar Elektrik GemasJohor Bahru di Stesen Keretapi Tanah Melayu Bhd (KTMB) di Kempas di sini hari ini.

Terdahulu, Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail berkenaan menyempurnakan majlis tersebut dengan diiringi Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Asman Shah Abd Rahman.

Anthony berkata, penggunaan perkhidmatan komuter bagi laluan Kulai–Johor Bahru membolehkan kekerapan tren ditingkatkan dengan ketara, memandangkan perjalanan hanya mengambil kira-kira 20 minit.

Jelasnya, dengan jadual baharu yang akan diperkenalkan kelak, sebanyak 16 perkhidmatan menuju Johor Bahru dan 16 perkhidmatan lagi ke Kulai akan disediakan setiap hari, menjadikan kekerapan operasi hampir setiap setengah jam.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI