fbpx
Penguat kuasa memeriksa premis kek yang dikesan mempunyai tahap kebersihan yang sangat rendah di Melaka.

Kilang kek diarah tutup, bau busuk ada najis tikus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MELAKA – Sebuah kilang kek dekat sini diarah tutup serta-merta selama 14 hari selepas pemeriksaan pihak berkuasa menemui najis tikus dan lipas di dalam premis.

Arahan tersebut dikeluarkan Pejabat Kesihatan Daerah Melaka Tengah (PKDMT) dalam serbuan yang diketuai Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) pada Selasa lalu.

Yang Dipertua MPHTJ, Datuk Sapiah Haron berkata, pemeriksaan mendapati tahap kebersihan kilang kek berkenaan sangat rendah, termasuk stor makanan yang kotor, dinding premis penuh najis haiwan perosak dan saluran air tidak berfungsi.

“Keadaan ini menyebabkan premis tersebut berbau busuk dan berisiko tinggi mencemari makanan.

“Susulan penemuan itu, pihak berkuasa mengarahkan penutupan sementara selama 14 hari mengikut Seksyen 11 Akta Makanan 1983,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Beliau berkata, sebuah kilang roti berhampiran turut dikenakan dua notis di bawah Seksyen 11(1)(c) akta sama dan Peraturan 8(1)(a), Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009.

“Kita juga mengeluarkan tiga notis di bawah Peraturan 32(1)(b) terhadap sebuah kilang mi wantan di Taman Merdeka kerana kawasan pengeluaran yang berisiko dengan pencemaran.

“Arahan pembetulan telah dikeluarkan kepada ketiga-tiga premis selepas pemeriksaan mendapati skor kebersihan mereka antara 72 hingga 82 peratus,” ujarnya.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN