fbpx
Gambar hiasan

Kelantan, Pahang antara 8 negeri dijangka hujan lebat malam ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat melanda lapan negeri termasuk di Pantai Timur dan Perak.

MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan, antara kawasan yang dijangka terjejas hingga pukul 6 petang ini adalah Hulu Perak di Perak, manakala di Pahang melibatkan Tanah Tinggi Cameron, Lipis dan Raub.

“Selain itu, hujan lebat turut dijangka di Segamat, Kluang, Mersing dan Kota Tinggi, Johor, manakala Betong, Sibu, Mukah (Matu, Dalat dan Mukah), Kapit (Song dan Kapit) dan Miri (Subis, Beluru, Miri dan Marudi) di Sarawak turut terjejas.

“Cuaca buruk itu berterusan di Pedalaman (Kuala Penyu dan Beaufort), Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Kota Belud) dan Tawau (Kunak dan Lahad Datu), Sabah termasuk Labuan,” katanya.

Menurut MetMalaysia, di Kelantan, Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Jeli, Tanah Merah, Bachok, Machang dan Pasir Puteh dijangka hujan lebat hingga pukul 8 malam ini.

“Di Terengganu, hujan lebat berterusan melanda kawasan Besut dan Setiu,” kata MetMalaysia. –KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI