fbpx
PELAKON Ezzanie Jasny menempelak segelintir netizen yang menuduhnya terkena kejutan budaya sejak semakin popular sebagai pelakon.

‘Kejutan budaya? Penat layan manusia konon-konon baik’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Tidak berasas, pelakon Ezzanie Jasny menempelak tuduhan melampau netizen yang mendakwa dirinya berubah sikap dan mengalami ‘culture shock’ sejak nama semakin dikenali.

Ujar Ezzanie atau nama sebenarnya Nur Ezzanie Sherazade Jasny, 26, personalitinya masih sama seperti dahulu malah tiada istilah kejutan budaya memandangkan dia sememangnya dibesarkan di kawasan bandar.

“Cakap kita kejutan budaya, sedangkan saya bukan dari kampung. Saya memang membesar di bandar.

“Mungkin mereka tidak kenal saya. Cuba ‘scroll’ lagi Instagram saya. Suka komen melulu tanpa usul periksa,” katanya dalam Threads.

Tambah pelakon Impiana: Karma itu, caci maki yang dihambur kepadanya seolah-olah datang tanpa usaha memahami situasi sebenar.

Pun begitu, dia memilih untuk menjaga kesihatan mental serta tidak mahu lagi memberi ruang kepada komen berunsur provokasi.

“Selepas itu, ada pula yang turut serta hentam sekali. Awak tak faham pun konteksnya apa tapi masih kata itu ‘teguran.’

“Ya Allah, naik menyampah dengan orang macam ini. Mental penat melayan manusia konon-konon baik ni,” luahnya yang merupakan bekas penuntut KDU University College.

Rata-rata netizen yang memerhati situasi tersebut melontarkan pelbagai pandangan dan reaksi berbeza.

“Orang muda, makin naik mestilah ada perubahan gaya. Tak semestinya ‘culture shock’ tapi kena muhasabah diri jugak, kalau ramai cakap macam tu, berkemungkinan dakwaan itu betul,” komen seorang netizen.

“Duduk kampung saja ke boleh kejutan budaya? Awak ingat kat bandar tiada semua tu? Awak yang kena faham konteks, jangan reti baca skrip saja, kena bijak juga baca situasi,” ujar peminat.

“Dalam dunia hiburan memang awak kena tempuh semua ini. Kalau tak mahu orang bercakap, jangan jadi artis. Semua orang melalui fasa masing-masing,” ujar seorang pengguna media sosial.

Sebelum ini, kecoh dalam media sosial apabila netizen mendakwa pelakon itu semakin sombong dan berkelakuan liar, kononnya terkesan dengan gaya hidup baru hingga berubah berbanding sikapnya yang lebih sopan suatu ketika dahulu.

Namun, tuduhan tersebut terus dipertikaikan peminat setia yang menganggap perubahan personaliti seseorang tidak boleh dinilai melalui klip pendek atau satu dua momen yang tular. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN