fbpx
Jasad seorang bayi ditemui di dalam lori sampah di Bukit Jalil hari ini.

Jasad bayi ditemui dalam lori sampah di Bukit Jalil

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Penemuan objek dipercayai jasad bayi di dalam sebuah lori sampah menggemparkan penduduk di sekitar Bukit Jalil, di sini, hari ini.

Lebih memilukan, bayi yang dipercayai baru dilahirkan itu ditemui dalam keadaan menyerupai posisi fetus serta dipenuhi air buangan di bahagian belakang lori sampah terbabit.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Aidil Bolhassan, berkata kejadian berlaku kira-kira pukul 12.51 tengah hari selepas seorang pekerja Syarikat Alam Flora menemukan janin bayi itu ketika sedang memunggah sisa sampah.

“Kes masih dalam siasatan. Perkembangan akan dimaklumkan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sehubungan itu. orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, Insp. Elfi di talian 011-1004 8773, Hotline Polis Daerah Cheras di 03-9284 5050, Hotline Polis Kontinjen Kuala Lumpur di 03-2115 9999, atau mana-mana balai polis berhampiran.

Terdahulu, dua video masing-masing berdurasi lapan dan 14 saat tular di media sosial, memaparkan objek dipercayai mayat bayi manusia yang ditemui dalam timbunan sisa di dalam lori sampah berkenaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN