fbpx
Mohamad mendengar penerangan mengenai lembu yang diternak di Colla Cattle Farm di Kuala Selangor, hari ini-FOTO: MOHAMAD NAUFAL MOHAMAD IDRIS/KOSMO!

Industri ternakan perlu lebih ramai bumiputera

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA SELANGOR – Industri ternakan negara memerlukan penglibatan lebih ramai Bumiputera untuk meningkatkan Kadar Sara Diri (SSR) dan memperkukuh bekalan daging tempatan.

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu, berkata, ini berikutan penglibatan mereka dalam sektor itu masih rendah berbanding kaum lain meskipun peluang berjaya adalah tinggi.

“Sebelum saya berunsur dari jawatan ini, saya mahu lebih ramai bumiputera berkecimpung dalam industri ini sebab potensinya besar.

“Penyertaan lebih ramai bumiputera secara langsung meningkatkan SSR dan memastikan bekalan makanan tempatan lebih stabil dan mampan,” katanya ketika berucap merasmikan rumah sembelihan Colla Cattle Farm, di sini, hari ini.

Menurutnya, Colla Cattle Farm yang dimiliki dua usahawan Bumiputera mampu menternak lebih 5,000 ekor lembu di kesemua ladang miliknya di seluruh negara, pada satu-satu masa.

Tambah beliau, usaha dilakukan itu mampu melonjakkan SSR lembu yang merekodkan pada kadar 17 peratus ketika ini berbanding 50 yang disasarkan pada 2030.

“Saya tahu hal ini bukan mudah namun perlu dilakukan sebab kadar import daging masih lagi tinggi dari negara seperti India, Australia dan New Zealand,” jelasnya

Dalam pada itu, Mohamad memaklumkan akan ke Perlis pada minggu ini untuk mendapatkan maklumat lengkap mengenai kerugian petani akibat banjir bulan lalu.-KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN