PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir sehingga pukul 10 pagi ini.
MetMalaysia menerusi satu kenyataan berkata, amaran cuaca buruk itu dijangka berterusan melibatkan negeri Kelantan, Terengganu, Selangor, Negeri Sembilan, Johor dan Sarawak.
“Antara kawasan yang dijangka terjejas ialah Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Bachok, Machang dan Pasir Puteh di Kelantan manakala Besut, Setiu, Kuala Nerus, Kuala Terengganu dan Marang di Terengganu turut terlibat.
“Selain itu, cuaca buruk bertumpu di Selangor melibatkan Klang, Kuala Langat dan Sepang manakala hanya Port Dickson di Negeri Sembilan terjejas,” ujarnya.
Hujan turut diramal di seluruh negeri Melaka manakala di Johor hanya Tangkak dan Muar terlibat dalam cuaca buruk itu.
“Cuaca sama juga dijangka berlaku di Sarawak melibatkan Bintulu,” kata MetMalaysia. –KOSMO! ONLINE














