fbpx
Anggota K9 menjalankan siasatan di lokasi kebakaran di Taman Rathna, Butterworth, hari ini. Gambar oleh DANIAL SAAD

Dua mayat rentung: Sam dan Woody bantu jejak punca kebakaran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEBERANG PERAI – Dua anjing pengesan terlatih dari Unit Anjing Pengesan (K9) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dikerahkan bagi membantu siasatan forensik kebakaran di kediaman sewa mangsa yang ditemukan maut di Taman Rathna di sini, semalam.

Dua ekor anjing bernama Sam dan Woody memasuki lokasi kejadian kira-kira pukul 10 pagi tadi, dengan masing-masing membawa kepakaran berbeza dalam mengesan punca serta mengesahkan unsur kebakaran.

Pengarah JBPM Pulau Pinang, Mohamad Shoki Hamzah berkata, tumpuan pemeriksaan adalah untuk mengenal pasti titik permulaan api melalui analisis forensik terperinci.

“Kehadiran unit K9 bukan petunjuk wujud unsur khianat, sebaliknya sebahagian ketetapan dalam setiap siasatan kebakaran.

“Anjing-anjing ini ada fokus setiap kali operasi dan ia akan diturunkan secara pasangan. Seekor akan mencari unsur (punca) dan satu lagi untuk pengesahan.

“Bukan setiap kebakaran itu, apabila kita panggil unit K9 akan ada unsur sengaja dibakar. Tidak. la adalah ketetapan kami untuk memastikan bahawa unit ini dipanggil untuk melihat kepada segala kemungkinan,” katanya di sini, tadi. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI