fbpx
Anggota K9 menjalankan siasatan di lokasi kebakaran di Taman Rathna, Butterworth, hari ini. Gambar/video oleh DANIAL SAAD

Dua mayat rentung: Bomba jumpa cebisan anggota badan kanak-kanak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEBERANG JAYA – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) mengesahkan penemuan sebahagian cebisan anggota badan milik kanak-kanak yang ditemukan rentung bersama ibu angkatnya di rumah sewa mereka di Taman Rathna, Butterworth di sini, semalam.

Pengarah JBPM negeri, Mohamad Shoki Hamzah berkata, sebahagian anggota badan itu dijumpai di lokasi penemuan mayat mangsa di ruang tamu kediaman tersebut.

“Anggota bomba menemukan sebahagian cebisan anggota badan kanak-kanak itu yang mungkin tertinggal dalam operasi menyelamat semalam. Bagaimanapun siasatan lanjut masih diteruskan di lokasi kejadian ketika ini dengan bantuan Unit Anjing Pengesan (K9) JBPM,” katanya.

Menurut beliau, laporan ujian makmal berhubung siasatan di lokasi kejadian akan diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut sama ada wujud unsur khianat atau sebaliknya.

Dalam kejadian pada pukul 9.35 pagi semalam, seorang wanita dan anak angkat perempuannya yang berusia lima tahun ditemukan rentung selepas rumah teres berkembar yang didiami mereka terbakar di Taman Rathna, Butterworth.

Mayat Hayani, 50-an, dan anak angkatnya yang dikenali sebagai Andra dijumpai di ruang tamu berhampiran pintu utama selepas dipercayai terperangkap dalam kebakaran tersebut. Anak kandung mangsa, Daniel Quyum Kamarozlan, 20-an, cedera akibat dihempap bumbung di dapur. -KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI