fbpx
Saifuddin Nasution.

Dr. Maza dipelawa beri maklumat gerakan kultus kepada pihak berkuasa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PUTRAJAYA- Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail meminta Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin untuk tampil menyerahkan maklumat atau bukti berkaitan dengan dakwaan wujudnya gerakan kultus dari Korea yang dikatakan sedang aktif di Malaysia.

Menurut Saifuddin, langkah itu akan membolehkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk memulakan siasatan terhadap dakwaan berkenaan.

“Saya mempelawa Dr. Maza (Mohd. Asri) tampil membekalkan maklumat yang lengkap kepada pihak berkuasa. Tentunya, kalau beliau mempunyai maklumat seperti yang disebut.

“Perkara itu saya fikir lebih boleh kita uruskan mengikut jalur hukum (undang-undang), pihak yang menyebut bahawa ada kes seumpama itu, menjadi tanggungjawab untuk mereka tampil, memberikan maklumat kepada pihak berkuasa iaitu polis,” katanya menerusi sidang akhbar selepas Majlis Perhimpunan Bulanan Kementerian Dalam Negeri (KDN) di sini hari ini.

Pada 3 Disember lalu, media melaporkan sebuah gerakan kultus berasal dari Korea menggunakan nama Jesus dengan pelbagai dakwaan yang sangat janggal dan menyimpang sedang aktif di Malaysia.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN