fbpx
Gambar hiasan.

Bayi setahun maut, pengasuh ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEREMBAN – Polis membuka kertas siasatan berhubung kematian seorang bayi perempuan berusia kira-kira setahun yang dilaporkan tidak sedarkan diri ketika berada di bawah jagaan pengasuh.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Azahar Abdul Rahim berkata pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian itu pada pukul 6.26 petang, Isnin lalu selepas ibu mangsa membawa anaknya ke sebuah klinik swasta di Bandar Sri Sendayan pada pukul 5.50 petang kerana didapati tidak sedarkan diri.

“Doktor bertugas di klinik tersebut telah melakukan proses bantuan pernafasan (CPR) namun mangsa disahkan meninggal dunia,” katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata, mangsa difahamkan telah dijaga oleh pengasuh berkenaan sejak lima bulan lalu dan sebelum kejadian bayi itu dikatakan berada dalam keadaan lemah.

“Mayat mangsa dihantar ke Hospital Rembau untuk bedah siasat dan laporan mendapati terdapat kecederaan pada bahagian abdomen,” katanya.

Azahar berkata, polis telah menahan pengasuh berusia 32 tahun itu untuk membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(A) Akta Kanak-Kanak 2001. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN